Tips berkesan untuk tutup pori di wajah hanya dengan 3 bahan di rumah!

Tips berkesan untuk tutup pori di wajah hanya dengan 3 bahan di rumah!


Pori dimuka yang kelihatan menyebabkan wajah nampak kusam dan tidak flawless. Penyebab utama pori terbuka adalah kerana liang roma yang tersumbat dek kerana makeup atau kotoran debu. Cuba tips berkesan untuk tutup pori di wajah hanya dengan 3 bahan di rumah!

Anda hanya perlukan tiga bahan ini untuk buat masker di rumah yang terbukti berkesan. Ketiga-tiga bahan ini sememangnya dikenali dengan pelbagai khasiat bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan.
  1. Pisang
  2. Madu
  3. Yogurt
Cara untuk membuat masker :
  1. Lenyekkan pisang.
  2. Masukkan yogurt dan madu sehingga seimbang.
  3. Kacau rata.
  4. Letakkan di satu muka. Lebihkan di kawasan berpori.
  5. Tunggu sehingga kering. Bilas.
Lakukan seminggu sekali atau 2 kali seminggu untuk hasil yang flawless dan glowing.