Ketahui 5 penyebab jerawat supaya anda dapat atasinya dengan baik!
Jerawat naik di wajah sudah tentu merisaukan anda. Ketahui 5 penyebab jerawat naik di muka supaya anda dapat atasinya dengan baik.
Melalui ujikaji yang dijalankan di US, boleh dirumuskan ada 5 penyebab jerawat. Kak Nac juga ada pengalaman jerawat naik dengan mendadak. Kena kenalpasti punca dan cuba elakkan. Ketahui 5 penyebab jerawat supaya anda dapat atasinya dengan baik!
1 – Faktor hormon
Kebiasaanya jerawat berlaku pada usia anda menginjak dewasa, 20 an dan ada juga ketika hampir menopause. Ini kerana pada ketika ini, hormon jadi tidak seimbang. Pengambilan pil perancang juga boleh mempengaruhi faktor hormon. Jika anda dapati jerawat anda naik disebabkan oleh hormon, boleh berjumpa dengan dermatologist untuk rawatan selanjutnya. Jerawat disebabkan hormon boleh berlanjutan sehingga bertahun jika anda tidak atasinya dengan baik.
2 – Faktor pemakanan
Jika anda selalu makan makanan manis, bersusu dan bergoreng, elakkan atau kurangkan untuk seketika. Makanan seperti ini akan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Contoh makanan yang perlu di elakkan adalah coklat, susu lembu, kacang, ayam goreng, gula-gula dan lain lain lagi. Ini yang disarankan oleh doktor kak Nac dan kak Nac elakkan hampir dua tahun tak makan makanan bersusu. Hasilnya kulit lebih bersih. Jadi kena ada disiplindalam pemakanan kalau nak kulit yang cantik.
3 – Kosmetik yang tidak sesuai
Jika anda memakai sesuatu produk kosmetik dan menyebabkan jerawat naik dengan mendadak, terus berhenti dari memakai produk itu. Walaupun harga mahal, better safe than sorry. Kak Nac kenal pasti penyebab ketiga nilah yang menyebabkan kak Nac naik jerawat sehingga makan bertahun. Menyesal pun ada awal-awal bila naik tapi tak nak stop. Bila jerawat dah teruk, nak stop dah tak ada guna. Ada juga yang awal-awal pakai cantik, tapi bila stop naik dengan mendadak. Check betul-betul produk yang anda pakai dan pastikan selamat.
4 – Persekitaran yang kotor
Ini bagi yang duduk bujang, selalunya cadar atau tilam tak berjemur atau tidak ditukar. Setiap hari bila kita tidur, sel kulit mati akan tertanggal. Semakin lama anda biar tak bercuci, maka akan menyebabkan pertumbuhan bakteria. Jadi, bila anda tidur, bakteria akan berpindah ke muka. Selalunya boleh dilihat jika jerawat naik di pipi. Tandanya anda kena tukar cadar dan tilam lagi kerap. Buka tingkap di bilik supaya ada pengudaraan yang baik.
5 – Kurang tidur atau stress
Bagi anda yang selalu balik lewat malam, lambat tidur, ini boleh jadi punca kepada pertumbuhan jerawat. Pada pukul 11 hingga 3 pagi, badan tengah hasilkan hormon yang bagus. Jika anda tidak tidur dalam masa ni, maka lagi senang untuk naik jerawat. Bila tidur tak cukup, badan akan jadi stress. Cuba masuk ke bilik tidur awal, supaya anda dapat lelap lebih awal. Kalau dulu masa muda mungkin tidur lambat tidak menyebabkan jerawat, tetapi bila lebih dewasa, badan akan bertukar hormon.
Kenalpasti penyebab kepada jerawat naik di muka supaya anda dapat atasinya dengan baik. Jadi, yang mana satu yang penyebab jerawat anda?
Post a Comment