Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?

Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?


Solekan kelihatan sempurna apabila mata anda kelihatan seksi dan menarik. Maskara merupakan pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?

Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?
Selalunya orang yang ingin makeup natural akan abaikan pemakaian maskara. Sebenarnya maskara adalah pelengkap kepada setiap jenis solekan mahupun natural atau heavy look. Sebab itu anda selalu nampak orang yang memakai bulu mata palsu, mata akan kelihatan seksi dan galak. Jika anda tidak reti memakai bulu mata palsu, cukup sekadar memakai maskara.
Terdapat pelbagai maskara di pasaran yang boleh dipilih ikut kesesuaian bulu mata anda. Ada maskara jenis untuk tebalkan bulu mata, panjangkan bulu mata mahupun lentikkan bulu mata. Jadi, pilih mengikut citarasa anda.
Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai? Penting ya! Ada tiga jenis maskara yang kak Nac selalu pakai mengikut tempat yang ingin dituju:
Dior Diorshow Mascara
Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?Perhatikan bulu maskara ini. Jenis tebal dan rapat. Ini sesuai untuk mereka yang sukakan bulu mata kelihatan clumpy dan sangat tebal. Hasilnya sangat dramatik. Jika kak Nac keluar untuk ke dinner ataupun ada parti, kak Nac akan menggunakan maskaar ini supaya bulu mata dapat kelihatan di dalam kamera dan gelap.






Lancôme HYPNÔSE DRAMA Instant Full Body Volume Mascara
Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?Perhatikan bulu maskara ini pula jenis yang jarak-jarak. Ini untuk hasilkan efek bulu mata kelihatan panjang. Maskara ini tidak tebal dan mudah untuk dicuci. Kak Nac selalu gunakan maskara ini pada hari yang kak Nac keluar tanpa menggunakan eyeshadow.






MAYBELLINE Volum’ Express Pumped Up!  
Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?Maskara ini boleh didapati di farmasi Watson atau Guardian dengan harga yang berbaloi. Bulu berus ini tebal di tengah untuk melentikkan bulu mata. Jadi, kalau anda suka bulu mata lentik, memang patut gunakan ni. Kak Nac gunakan maskara ni pula bila keluar lepak bersama kawan-kawan. Cuma maskara ni sangat susah untuk dicuci!







Jadi, yang mana satu pilihan anda? Melentikkan, memanjangkan atau bulu mata kelihatan tebal?