3 hadiah menarik untuk diberi sempena Hari Ibu yang bakal tiba


Anda tidak tahu nak beli apa untuk isteri atau ibu anda? Ketahui 3 hadiah menarik sempena Hari Ibu.

Bagi yang mempunyai isteri dan ibu, inilah masanya untuk anda meraikan pengorbanan mereka dan menghargai segala susah payah mereka membesarkan anda atau anak anda. Hadiahkan mereka sesuatu yang bermakna dan disukai. Ada 3 hadiah menarik sempena Hari Ibu:
  1. Kosmetik
Sifat wanita memang suka benda yang mencantikkan diri. Jadi kalau anda nampak ibu atau isteri anda suka memakai kosmetik tertentu di muka contohnya foundation, eyeliner, mascara dan lain-lain, hadiahkan mereka dengan kosmetik yang mereka akan guna. Setiap kali mereka pakai, mereka akan menghargai anda dan semestinya ingin tampil cantik di mata anda.
2. Pakaian


Credit from Vivy Yusof

Ya, wanita tidak pernah akan rasa cukup dengan pakaian yang mereka ada. Jadi, anda boleh hadiahkan mereka dengan pakaian sama ada baju, seluar atau tudung. Percayalah, dalam banyak pakaian yang mereka ada, yang anda hadiahkan itulah yang paling mereka ingat dan sayang.
3. Aksesori
Bagi anda yang berkemampuan lebih, hadiahkan ibu atau isteri anda dengan jam tangan, gelang atau cincin. Sudah semestinya aksesori diperbuat dari emas lebih bermakna. Ini bagi yang ada bajet lebih ya! Ikut kemampuan masing-masing.
Bukannya material yang dibandingkan dengan nilai sesebuah hubungan. Tetapi sifat manusia yang sukakan perhatian bila diberi hadiah. Siapa yang tak suka hadiah kan? Tak perlu mahal, cukup mengikut kemampuan anda

Ketahui 5 penyebab jerawat supaya anda dapat atasinya dengan baik!


Jerawat naik di wajah sudah tentu merisaukan anda. Ketahui 5 penyebab jerawat naik di muka supaya anda dapat atasinya dengan baik.

Ketahui 5 penyebab jerawat supaya anda dapat atasinya dengan baik!
Melalui ujikaji yang dijalankan di US, boleh dirumuskan ada 5 penyebab jerawat. Kak Nac juga ada pengalaman jerawat naik dengan mendadak. Kena kenalpasti punca dan cuba elakkan. Ketahui 5 penyebab jerawat supaya anda dapat atasinya dengan baik!
1 – Faktor hormon
Kebiasaanya jerawat berlaku pada usia anda menginjak dewasa, 20 an dan ada juga ketika hampir menopause. Ini kerana pada ketika ini, hormon jadi tidak seimbang.  Pengambilan pil perancang juga boleh mempengaruhi faktor hormon. Jika anda dapati jerawat anda naik disebabkan oleh hormon, boleh berjumpa dengan dermatologist untuk rawatan selanjutnya.  Jerawat disebabkan hormon boleh berlanjutan sehingga bertahun jika anda tidak atasinya dengan baik.
2 – Faktor pemakanan
Jika anda selalu makan makanan manis, bersusu dan bergoreng, elakkan atau kurangkan untuk seketika. Makanan seperti ini akan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Contoh makanan yang perlu di elakkan adalah coklat, susu lembu, kacang, ayam goreng, gula-gula dan lain lain lagi. Ini yang disarankan oleh doktor kak Nac dan kak Nac elakkan hampir dua tahun tak makan makanan bersusu. Hasilnya kulit lebih bersih. Jadi kena ada disiplindalam pemakanan kalau nak kulit yang cantik.
3 – Kosmetik yang tidak sesuai
Jika anda memakai sesuatu produk kosmetik dan menyebabkan jerawat naik dengan mendadak, terus berhenti dari memakai produk itu. Walaupun harga mahal, better safe than sorry. Kak Nac kenal pasti penyebab ketiga nilah yang menyebabkan kak Nac naik jerawat sehingga makan bertahun. Menyesal pun ada awal-awal bila naik tapi tak nak stop. Bila jerawat dah teruk, nak stop dah tak ada guna. Ada juga yang awal-awal pakai cantik, tapi bila stop naik dengan mendadak. Check betul-betul produk yang anda pakai dan pastikan selamat.
4 – Persekitaran yang kotor
Ini bagi yang duduk bujang, selalunya cadar atau tilam tak berjemur atau tidak ditukar. Setiap hari bila kita tidur, sel kulit mati akan tertanggal. Semakin lama anda biar tak bercuci, maka akan menyebabkan pertumbuhan bakteria. Jadi, bila anda tidur, bakteria akan berpindah ke muka. Selalunya boleh dilihat jika jerawat naik di pipi. Tandanya anda kena tukar cadar dan tilam lagi kerap. Buka tingkap di bilik supaya ada pengudaraan yang baik.
5 – Kurang tidur atau stress
Bagi anda yang selalu balik lewat malam, lambat tidur, ini boleh jadi punca kepada pertumbuhan jerawat. Pada pukul 11 hingga 3 pagi, badan tengah hasilkan hormon yang bagus. Jika anda tidak tidur dalam masa ni, maka lagi senang untuk naik jerawat. Bila tidur tak cukup, badan akan jadi stress. Cuba masuk ke bilik tidur awal, supaya anda dapat lelap lebih awal. Kalau dulu masa muda mungkin tidur lambat tidak menyebabkan jerawat, tetapi bila lebih dewasa, badan akan bertukar hormon.
Kenalpasti penyebab kepada  jerawat naik di muka supaya anda dapat atasinya dengan baik. Jadi, yang mana satu yang penyebab jerawat anda?

Pentingkah memakai face oil untuk makeup tahan lama?


Jika anda tengok  live makeup di Facebook, makeup artis menggunakan face oil sebagai primer makeup. Pentingkah memakai face oil untuk makeup tahan lama?

Apakah sebenarnya itu face oil? Face oil adalah minyak yang digunakan untuk melembapkan kulit wajah supaya makeup tahan lama. Bila kulit wajah anda lembap, makeup akan tahan lama. Tapi bila kandungan minyak yang terlalu tinggi, contohnya kandungan argan oil yang terlalu tinggi, boeh menyebabkan liang pori tersumbat dan membawa kepada masalah oil seed, jerawat halus dan jerawat didalam kulit. Sebab itu ramai yang mula mengambil alternatif menggunakan serum.
Beza serum dengan face oil ialah serum dicampur dengan pati lain untuk merawat masalah kulit sekaligus. Manakala face oil adalah 100% minyak yang dipilih contohnya argan, chamomile, lavender, flaxseeds dan lain-lain yang hanya melembapkan kulit wajah tetapi tidak merawat. Bagi muka yang kering, anda boleh memakai face oil sebagai primer atau base makeup. Tetapi bagi kulit berminyak, tidak sesuai untuk anda memakai face oil. Sebaiknya memilih serum sebagai base makeup anda.

Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?


Bagi anda yang selalu pakai contact lens, pakai beberapa jam je mata jadi kering dan gatal. Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?

Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?
Kak Nac pun jenis yang suka pakai contact lens. Dah start pakai contact lens dari zaman sekolah menengah lagi sampai lah sekarang dah bekerja. Ada 3 cara mudah untuk anda jaga contact lens. Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?
1- Pakai tak lebih 8 jam
Ya, hanya lapan jam sahaja. Kena bawa bekas contact lens dan air contact lens supaya boleh buka lepas lapan jam. Jadi rancang, waktu bila untuk anda mula pakai dan buka. Pastikan guna air contact lens yang betul, jangan sesekali guna air paip. Cuci tangan bersih-bersih sebelum dan selepas pakai contact lens.
2- Gunakan eye drop khas untuk contact lens
Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?
Semasa pakai contact lens, mata akan kekurangan oksigen dan kering. Jadi dropkan bila pakai contact lens selalu. Walaupun tak kering, tapi rajinkan untuk drop di mata supaya mata tak kering.
3- Pakai eye drop for tired eyes lepas buka
Nak tahu bagaimana bagi contact lens tahan lama dan tak sakit?
Bia mata dah penat seharian pakai contact lens, pakai eye drop yang khas untuk tired eyes. Pakai selepas contact lens dibuka. Pastikan dijadikan rutin untuk manjakan mata anda selepas seharian memakai contact lens. Sebenarnya mata dalam keadaan tertekan lepas pakai contact lens. Jadi step ini sangat penting. Kos untuk produk ini tidaklah mahal jika dibandingkan dengan mata anda yang tidak boleh diganti.
Tips : Pastikan anda memakai contact lens sebelum memakai mascara atau celak. Sebab mascara atau celak yang masuk ke dalam mata boleh membuatkan contact lens terkoyak.
Sayangi mata anda.

2 sebab utama jerawat tumbuh di tempat yang sama!


Jika anda jenis yang mempunyai jerawat yang degil tumbuh di tempat yang sama, mungkin anda telah melalukan dua kesalahan utama ini. Cuba tengok 2 sebab utama jerawat tumbuh di tempat yang sama!

Kadang-kadang jerawat yang lama belum hilang tetapi sudah tumbuh jerawat yang baru di tempat yang sama atau berdekatan. Ada sebab kenapa jerawat selalu tumbuh di tempat yang sama. Tempat-tempat yang lazim ada jerawat degil ni di pipi,dahi dan dagu. Jadi apa yang anda perlu elak lakukan. Ketahui 2 sebab utama jerawat tumbuh di tempat yang sama!
1- Picit jerawat
Ya, picit jerawat akan menyebabkan jerawat tumbuh di tempat yang sama dan memberi kerosakan pada kulit. Macam mana boleh rosak? Bila anda picit, memang akan keluar nanah pada kulit dan anda berasa lega, tapi sebenarnya anda akan menyebabkan lapisan kulit di dalam menjadi rosak dan luka. Jadi sebenarnya kulit di bahagian dalam anda mudah memerangkap bakteria dan menghasiklan jerawat kembali. Caranya, anda biarkan jerawat kering sendiri dengan hanya menyapukan ubat jerawat di luar. Walaupun mengambil masa tapi sabar. Jerawat akan kering sendiri.
2 sebab utama jerawat tumbuh di tempat yang sama!
2- Selalu sentuh di bahagian jerawat
Bila ada jerawat di kawasan dagu misalnya, tangan anda kerapkali memegang jerawat tu. Jerawat tidak akan berkurang dengan cara menyentuh muka. Malah menyebabkan lagi teruk sebab tangan anda ada bakteria yang tak boleh dilihat dan dipindahkan ke kawasan muka. Ramai yang tak sedar akan kesalahan ini dan rasa tak salah pegang muka sesekali. JANGAN! Biarkan dan jangan tengok cermin selalu.

Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?


Solekan kelihatan sempurna apabila mata anda kelihatan seksi dan menarik. Maskara merupakan pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?

Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?
Selalunya orang yang ingin makeup natural akan abaikan pemakaian maskara. Sebenarnya maskara adalah pelengkap kepada setiap jenis solekan mahupun natural atau heavy look. Sebab itu anda selalu nampak orang yang memakai bulu mata palsu, mata akan kelihatan seksi dan galak. Jika anda tidak reti memakai bulu mata palsu, cukup sekadar memakai maskara.
Terdapat pelbagai maskara di pasaran yang boleh dipilih ikut kesesuaian bulu mata anda. Ada maskara jenis untuk tebalkan bulu mata, panjangkan bulu mata mahupun lentikkan bulu mata. Jadi, pilih mengikut citarasa anda.
Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai? Penting ya! Ada tiga jenis maskara yang kak Nac selalu pakai mengikut tempat yang ingin dituju:
Dior Diorshow Mascara
Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?Perhatikan bulu maskara ini. Jenis tebal dan rapat. Ini sesuai untuk mereka yang sukakan bulu mata kelihatan clumpy dan sangat tebal. Hasilnya sangat dramatik. Jika kak Nac keluar untuk ke dinner ataupun ada parti, kak Nac akan menggunakan maskaar ini supaya bulu mata dapat kelihatan di dalam kamera dan gelap.






Lancôme HYPNÔSE DRAMA Instant Full Body Volume Mascara
Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?Perhatikan bulu maskara ini pula jenis yang jarak-jarak. Ini untuk hasilkan efek bulu mata kelihatan panjang. Maskara ini tidak tebal dan mudah untuk dicuci. Kak Nac selalu gunakan maskara ini pada hari yang kak Nac keluar tanpa menggunakan eyeshadow.






MAYBELLINE Volum’ Express Pumped Up!  
Maskara pelengkap solekan. Penting ke nak pakai?Maskara ini boleh didapati di farmasi Watson atau Guardian dengan harga yang berbaloi. Bulu berus ini tebal di tengah untuk melentikkan bulu mata. Jadi, kalau anda suka bulu mata lentik, memang patut gunakan ni. Kak Nac gunakan maskara ni pula bila keluar lepak bersama kawan-kawan. Cuma maskara ni sangat susah untuk dicuci!







Jadi, yang mana satu pilihan anda? Melentikkan, memanjangkan atau bulu mata kelihatan tebal?

Cara untuk merahkan dan melembapkan bibir secara semulajadi


Bibir merah menjadi idaman setiap wanita. Bibir anda gelap dan kusam? Ketahui cara untuk merahkan dan melembapkan bibir secara semulajadi.

Cara untuk merahkan dan melembapkan bibir secara semulajadi
Bibir selalunya menjadi gelap kerana terdedah kepada matahari, perbuatan merokok, kerap memakai lipstick dan juga keturunan. Seeloknya anda skrub bibir 2 kali seminggu. Paling penting untuk memakai lipbalm ketika tidu dan juga ketika keluar rumah. Kemudian, kena rajin lakukan mask di bibir. Bagaimana? Lihat cara untuk merahkan dan melembapkan bibir secara semulajadi.
Hanya menggunakan dua bahan utama iaitu beetroot/ ubi bit dan juga madu, bibir boleh menjadi merah. Beetroot atau ubi bit memang mempunyai warna merah semulajadi. Bahkan mempunyai agen yang boleh mencerahkan bibir yang gelap.
Bahan yang diperlukan :
a. Ubi bit/ Beet root boleh didapati di Tesco/Giant
b. Madu
Cara-caranya :
Potong ubi bit secara dadu dan kecil. Campur bersama satu sudu madu. Boleh simpan di dalam peti ais untuk digunakan berterusan. Lakukan sekali setiap hari. 

3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup yang trending!


Ramai yang selalu tertipu dengan trend barang makeup yang famous di media sosial. Ketahui 3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup!

3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup!
Penting untuk anda tahu bahawa kualiti dan kesesuaian makeup memainkan peranan yang penting dalam membeli makeup. Ada makeup yang murah tetapi tak tahan lama dan ada juga yang mahal, tetapi tidak sesuai. Bagi ada yang selalu mengikuti trend semasa dalam makeup selalunya merasakan tertipu bila sudah membeli. Di sini kak Nac share 3 perkara anda perlu tahu sebelum beli makeup yang trending!
1 – Research
Research dahulu produk itu dihasilkan di mana, lihat dulu website, media sosial brand tersebut atau melalui kawan-kawan. Tengok bahan yang digunakan sama ada berbahaya atau tidak. Elakkan membeli dari brand yang pernah di ban dari mana-mana negara ataupun yang menggunakan paraben, SLS dan senarai produk yang berbahaya.
2- Review
Seeloknya, jangan beli awal-awal ketika produk dilancarkan. Tunggu review dari orang sekeliling atau dari mua. Sekarang banyak orang membuat review di Youtube ataupun website-website yang menjual makeup akan di review oleh orang yang membeli contohnya review di Sephora atau Facebook page. Jadi baca dahulu review yang diberi. Seeloknya review dari orang Malaysia sendiri yang menggunakan produk tersebut.
3 – Kesesuaian pada kulit
Kenapa kena lihat review dari orang Malaysia sendiri? Sebab anda boleh tahu kesesuaian pada kulit anda. Kulit orang barat tidak sama dengan orang di Malaysia kerana cuaca membezakan kelembapan kulit. Kulit orang Malaysia mudah berminyak jadi kadang-kadang makeup yang dihasilkan di barat lebih tertumpu untuk kulit kering kerana cuaca yang berbeza di sana. Malah kosmetik selalunya mempunyai banyak tekstur yang berbeza sebagai contoh foundation ada yang jenis liquid, mousse, matte, waterbased, oilbased, stick foundation dan powder foundation.
Jadilah pengguna yang bijak dengan menilai dari 3 aspek di atas iaitu melakukan research terlebih dahulu, lihat review dari orang lain dan juga tengok kesesuaian pada kulit anda. Jangan membeli terlebih dahulu sebelum melihat aspek-aspek penting ni. Kalau tidak, melayanglah duit sebab tak sesuai.

Hilangkan bau badan dengan 2 bahan ini secara semulajadi!


Bau badan berpunca dari peluh yang bercampur dengan bakteria di permukaan kulit. Masalah ini boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa di khalayak ramai. Bagi anda yang mempunyai masalah bau badan, jangan khuatir, anda boleh hilangkan bau badan dengan 2 bahan ini secara semulajadi!

Hilangkan bau badan dengan 2 bahan ini secara semulajadi!
Ini resepi untuk menghilangkan bau badan dan sekaligus mewangikannya secara semulajadi.
Bahan-bahan
  • 3 batang serai
  • 2 daun pandan
  • 2 mangkuk air
Cara-cara
Jom ikuti langkah-langkah membuat air rebusan ini.
1. Potong atau titikkan serai dan pandan.
2. Masukkan serai dalam periuk yang dah diisi air. Didihkan serai sampai wangi.
3. Kemudian masukkan daun pandan. Didihkan selama 2 minit dan tutup periuk.
4. Jangan buka tutup periuk bagi mengelakkan semua wangian meruap ke persekitaran. Bila dah agak-agak suam, dah bolehlah minum seperti biasa.
Anda boleh minum air rebusan ini setiap hari. Rasanya tawar dan tidak pahit seperti minuman herba yang lain. Kalau anda ingin keluarkan angin di badan, boleh tambahkan halia yang dihiris.
Ini sebagai langkah alternatif bagi mereka yang tidak mahu menggunakan deodoran yang mempunyai kimia yang boleh menyebabkan kanser payudara. Kurangkan mengambil makanan yang berbau seperti bawang, petai, jering dan lain-lain.

Tips berkesan untuk tutup pori di wajah hanya dengan 3 bahan di rumah!


Pori dimuka yang kelihatan menyebabkan wajah nampak kusam dan tidak flawless. Penyebab utama pori terbuka adalah kerana liang roma yang tersumbat dek kerana makeup atau kotoran debu. Cuba tips berkesan untuk tutup pori di wajah hanya dengan 3 bahan di rumah!

Anda hanya perlukan tiga bahan ini untuk buat masker di rumah yang terbukti berkesan. Ketiga-tiga bahan ini sememangnya dikenali dengan pelbagai khasiat bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan.
  1. Pisang
  2. Madu
  3. Yogurt
Cara untuk membuat masker :
  1. Lenyekkan pisang.
  2. Masukkan yogurt dan madu sehingga seimbang.
  3. Kacau rata.
  4. Letakkan di satu muka. Lebihkan di kawasan berpori.
  5. Tunggu sehingga kering. Bilas.
Lakukan seminggu sekali atau 2 kali seminggu untuk hasil yang flawless dan glowing.

MARI themes

Powered by Blogger.