3 hadiah menarik untuk diberi sempena Hari Ibu yang bakal tiba
3 hadiah menarik untuk diberi sempena Hari Ibu yang bakal tiba
Anda tidak tahu nak beli apa untuk isteri atau ibu anda? Ketahui 3 hadiah menarik sempena Hari Ibu.
Bagi yang mempunyai isteri dan ibu, inilah masanya untuk anda meraikan pengorbanan mereka dan menghargai segala susah payah mereka membesarkan anda atau anak anda. Hadiahkan mereka sesuatu yang bermakna dan disukai. Ada 3 hadiah menarik sempena Hari Ibu:
- Kosmetik
Sifat wanita memang suka benda yang mencantikkan diri. Jadi kalau anda nampak ibu atau isteri anda suka memakai kosmetik tertentu di muka contohnya foundation, eyeliner, mascara dan lain-lain, hadiahkan mereka dengan kosmetik yang mereka akan guna. Setiap kali mereka pakai, mereka akan menghargai anda dan semestinya ingin tampil cantik di mata anda.
2. Pakaian
Ya, wanita tidak pernah akan rasa cukup dengan pakaian yang mereka ada. Jadi, anda boleh hadiahkan mereka dengan pakaian sama ada baju, seluar atau tudung. Percayalah, dalam banyak pakaian yang mereka ada, yang anda hadiahkan itulah yang paling mereka ingat dan sayang.
3. Aksesori
Bagi anda yang berkemampuan lebih, hadiahkan ibu atau isteri anda dengan jam tangan, gelang atau cincin. Sudah semestinya aksesori diperbuat dari emas lebih bermakna. Ini bagi yang ada bajet lebih ya! Ikut kemampuan masing-masing.
Bukannya material yang dibandingkan dengan nilai sesebuah hubungan. Tetapi sifat manusia yang sukakan perhatian bila diberi hadiah. Siapa yang tak suka hadiah kan? Tak perlu mahal, cukup mengikut kemampuan anda